Perkongsian Ilmu: Fiqh Wanita (Haid)

Ada yang hentikan niat nak masukkan kapsul Jamu Pengantin Dara ke dalam faraj mereka. Alasan diberikan adalah :
1- takut nak jolok lubang yang satu ni
2- tak pernah teroka sendiri punya
3- akak nora pandai2 suruh org jolok..


Haha...nombor 3 tu memang agak mendidih sekejap la. Tapi..benda2 macam ni kita kena hadapi dengan berilmu.

Alhamdulillah..akak di tayangkan 1 rancangan Fiqh Wanita di tv3 bertajuk Haid. Bila akak nora tengok dan dengar kata ustazah tu..rupa2nya ramai dah ngaku mereka mandi selepas haid tanpa menjolok dan lihat samaada kesan darah sudah benar2 habis atau tidak.(huhu...akak nora pun baru tau..)

Mengikut kata ustazah itu, untuk pastikan haid sudah benar2 kering haruslah wanita itu memasukkan kapas kedalam faraj sedikit saja dalamnya bg mereka yang belum berkahwin. Tetapi..lebih kedalam bagi mereka yang sudah berkahwin..Bukan akak cakap..tapi itulah tujuan program Fiqh Wanita itu..walau benda yg biasa tetap ada juga wanita tidak tahu. Sebenarnya tak perlu kapas. Cukup hanya masukkan jari dan lihat pada kuku anda yg putih tu..anda akan lihat sama ada bersih atau pun tidak.

Lepas ini..kena fikirkan alasan takut nak jolok ataupun tidak..sebab itu bukan menjadi alasan yg sesuai kerana bab itu sudah menjadi tanggungjawab kita selepas haid.

Kalau ada yg nak marah akak nora..tak pe la..akak faham. Maafkan akak kalau tersilap cakap...sengaja nak kongsi ilmu.

#Copy paste drp kak nora zyma (warga JSD)

***************************************

INFO TAMBAHAN TENTANG HAID

Masa Suci Daripada Haid

Sekurang-kurangnya waktu suci ialah 15 hari beserta malamnya. Darah haid juga tidak ada had tertentu bagi tempoh panjangnya. Ini kerana kadang-kadang seorang wanita tidak didatangi haid dalam tempoh setahun atau dua tahun bahkan ada yang beberapa tahun. Dari Ummu Salamah ra berkata :

“Dia meminta fatwa kepada Rasulullah SAW mengenai seorang perempuan yang selalu mengeluarkan darah. Nabi SAW bersabda : Hendaklah perempuan itu mengenalpasti terlebih dahulu bilangan malam dan siang selama haid serta kadar hari-harinya pada setiap bulan. Setelah mengetahui waktu haid dan kadarnya itu, maka hendaklah dia menghentikan solat pada waktu-waktu tersebut. sesydah waktu haid itu berakhir, dia dikehendaki menampal kemaluannya dengan sehelai kain, lalu kerjakanlah solat.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasai dan Ibnu Majah)

Namun jika wanita tersebut tidak mampunyai kebiasaan yang tetap, dia dikehendaki memperhatikan tanda-tanda darah yang membolehkannya mampu membezakan antara darah haid dengan darah biasa.

Seorang wanita dapat mengetahui dirinya suci ataupun tidak dari darah haid, maka ia boleh memasukkan kapas di dalam farajnya. Jika cecair basah yang melekat dikapas tersebut berwarna putih jernih dan tidak terdapat warna darah haid. Maka ia sudah dianggap suci dan wanita tersebut boleh mandi hadas. Tetapi kalau dikapas itu masih melekat warna darah yang cair walaupun sedikit sekalipun, maka ia dianggap masih tidak suci lagi. Dari Aisyah ra berkata :

“Sekumpulan kaum wanita mengirimkan dirjah kepada Aisyah yang berisikan kapas, yang di dalamnya didapati sesuatu yang berwarna kuning. Melihat itu, Aisyah berkata : Jangan kamu tergesa-gesa untuk mengerjakan solat hingga kamu melihat warna kapas itu putih bersih.”

Warna kuning atau warna keruh itu dikatakan sebagai darah haid apabila keluar pada hari-hari di mana seseorang wanita itu biasanya haid. Tetapi jika keluar darah selain dari waktu kebiasaan haid, maka ia tidak dianggap sebagai darah haid. Dari Ummu Athiyah ra berkata :

“Kami tidak menganggap warna kuning atau warna keruh itu sebagai darah haid setelah bersuci.” (Riwayat Abu Daud dan Al-Bukhari)



Selamat beramal~